Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) adalah satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai di bawah kelolaan KPM.Program ini diperkenalkan sejak tahun 1998 kerana menurut kajian di Perpustakaan Negara Malaysia mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah. Kajian tersebut mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia menyatakan bahawa keutamaan bagi pelajar membaca ialah untuk belajar dan sangat sedikit untuk bacaan senggang, Kebanyakan bahan yang dibaca adalah bahan bacaan saintai seperti majalah, komik dan akhbar.Dengan adanya program galakan membaca ini diharapkan dapat menanam tabiat membaca di kalangan murid dan pelajar sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat murid dan pelajar sekolah agar menjadi pelajar yang aktif dslam pembacaan buku-buku ilmia
No comments :
Post a Comment